HILANG KESAN KARAT PADA PAKAIAN
PAKAIAN YANG TERKENA KESAN KARAT BOLEH DIHILANGKAN DENGAN MENGGUNAKAN LIMAU NIPIS DIIKUTI DENGAN SEDIKIT GARAM HALUS. SENTALKAN KEDUA2 BAHAN PADA BAHAGIAN YANG TERKENA KESAN KARAT TERSEBUT. INSYAALAH KESAN KARAT ITU AKAN HILANG.
PETUA MENDAPATKAN ZURIAT
BAGI YANG MENGINGINKAN KEHADIRAN CAHAYA MATA , CUBALAH PETUA INI. REBUS DAUN KUCAI DENGAN AKARNYA BESERTA MINYAK SAPI. MAKAN SETIAP PAGI DAN MALAM SATU SUDU KECIL. SAPU SEDIKIT MINYAK ITU DI DADA DAN PERUT
WAJAH LEBIH LICIN DAN CERAH
KULIT WAJAH YANG LICIN DAN CERAH MENJADI IDAMAN SETIAP WANITA. UNTUK MENDAPATKANNYA AMBIL SATU SUDU MAKAN MADU, SATU SUDU MAKAN SUSU TEPUNG DAN SEDIKIT PUTIH TELUR. BIARKAN HINGGA KERING DAN BILAS BERSIH. LAKUKAN SEKALI SEMINGGU UNTUK MENDAPATKAN KESAN YANG LEBIH BAIK.
LENTIKKAN BULU MATA
SETIAP GADIS PASTI MENGINGINKAN BULU MATA YANG LENTIK TANPA SAPUAN MASKARA. ANDA HANYA PERLU MENDAPATKAN DAUN LIDAH BUAYA DAN SAPUKAN LENDIRNYA KE BULU MATA SEBELUM TIDUR. INSYA ALLAH BULU MATA AKAN LENTIK SEMULA JADI.
RAWAT ULSER PADA MULUT
ULSER ATAUPUN SELALU KITA PANGGIL 'MATA IKAN' PADA BAHAGIAN MULUT BEGITU MEMEDIHKAN SEHINGGA MENGHILANGKAN SELERA MAKAN KITA. UNTUK MEMASTIKAN IA CEPAT SEMBUH , SAPUKAN MARJERIN PADA ULSER TERSEBUT. AMALKAN SELALU.
TEPUNG UBI ATASI MASALAH RUAM
TIMBUL RUAM PASTI MERIMASKAN KERANA IA TURUT MENYEBABKAN RASA GATAL. UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN, SAPUKAN TEPUNG UBI PADA BAHAGIAN TUBUH YANG TERDAPAT RUAM. AMALKAN SELALU. CARA INI JUGA SESUAI PADA BAHAGIAN YANG TERKENA KAYAP.
PAYUDARA LEBIH TEGANG
BAGI MEMPEROLEH PAYUDARA YANG SENTIASA TEGANG, AMBIL PUTIH TELUR DAN CAMPURKAN DENGAN SEDIKIT KAPUR. SAPUKAN PUTIH TELUR ITU KE SELURUH PAYUDARA KETIKA HENDAK TIDUR. LAKUKAN URUTAN DENGAN BERBARING MENELENTANG SEHINGGA PUTIH TELUR ITU MENJADI KERING.( URUT MENGHALA KE ATAS ) SETELAH KERING CUCILAH DENGAN AIR SUAM. LAKUKAN SETIAP MALAM UNTUK HASIL YANG MEMUASKAN.
KUKU CANTIK BERKILAT
UNTUK MENCANTIKKAN KUKU AGAR KELIHATAN BERKILAT DAN TIDAK MUDAH PATAH, HANCURKAN BEBERAPA BAWANG PUTIH DAN LETAKKAN PADA KUKU. BIARKAN SELAMA 20 MINIT DAN KEMUDIAN RENDAMKAN KUKU DENGAN AIR SUAM YANG TELAH DILETAKKA 5 SUDU GARAM.BIARKAN SELAMA 20 MINIT LAGI
AVOKADO ATASI KULIT KERING
BAGI MEREKA YANG BERKULIT KERING CUBA AMLAKAN PETUA INI. AMBIL ISI AVAKADO DAN LECEK BERSAMA SATU SUDU MAKAN OAT. SAPUKAN DI MUKA DAN BIARKAN SELAMA 20 HINGGA 30 MINIT. CARA INI BERKESAN UNTUK MELEMBAPKAN KULIT MUKA. KULIT AVAKADO PULA DIURUT DI MUKA, LEHER, LUTUT DAN TAPAK KAKI UNTUK MENGHILANGKAN KEDUTAN.
HILANGKAN RASA GATAL
SEBELUM DAN SELEPAS HAID, ADA WANITA YANG MENGALAMI KEGATALAN DI BAHAGIAN ALAT SULIT. BEGITU JUGA WANITA MENGANDUNG UNTUK MENGHILANGKANNYA SEDIAKAN SECEBUK AIR SUAM YANG DICAMPURKAN DENGAN 2 SUDU MAKAN CUKA. CUCI SEAGAI BILASAN AKHIR. KEMUDIAN LAP KERING. LAKUKAN 2 KALI SEMINGGU ATAU BERGANTUNG PADA KEADAAN. MUDAH MUDAH BERANSUR HILANG RASA GATAL TERSEBUT.
BANYAKKAN SUSU IBU
AMBIL SEBIJI LOBAK PUTIH KEMUDIAN PARUT HALUS2. CAMPURKAN 5 CAWAN AIR SERTA 3 SUDU the MADU KACAU RATA DAN DITAPIS AIRNYA. MINUM PAGI DAN PETANG. AMALKAN SETIAP HARI, INSYA ALLAH SUSU AKAN BERTAMBAH BANYAK SERTA LEBIH PEKAT.