Saturday, January 30, 2010

:> RESEPI <:


BANGKOK TAU FOO

BAHAN-BAHAN

8720 GM ISI AYAM
1 BUKU TAHU GORENG
1 SUDU KECIL CILI BOH
1 SUSU KECIL SOS TAMATO
1 SUDU KICAP MASIN
GARAM SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG


CARA MEMBUATNYA

1.PANASKAN MINYAK DAN GORENG TAUFU DAN KEMUDIAN ANGKAT DAN LETAKKAN KE DALAM PINGGAN YANG SUDAH SIAP DI MASUKKAN DENGAN KICAP MASIN. KETEPIKAN SEKETIKA.

2.PANASKAN MINYAK, KEMUDIAN GORENG ISI AYAM YANG TELAH DICINCANG HALUS.MASUKKAN GULA,GARAM DIIKUTI DENGAN SOS TOMATO DAN CILI BOH. GORENG SEKETIKA DAN KEMUDIAN TUANG KE ATAS TAU FOO YANG SUDAH SIAP DI GORENG TADI. HIDANGKAN.


UDANG MANGGA BERSOS



BAHAN-BAHAN

100 GM UDANG SEGAR
½ BIJI MANGGA MUDA ( DIHIRIS KECIL2)
1 SUDU BESAR SOS CILI THAI]
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA MEMBUATNYA

1.GORENG UDANG DI DALAM MINYAK YANG PANAS SEKETIKA DAN ANGKAT. KETEPIKAN SEKETIKA.

2.DALAM PADA ITU SEDIAKAN SATU MANGKUK, MASUKKAN MANGGA YANG TELAH DI PARUT TADI BERSAMA SOS THAI. GAUL SAMA RATA. KEMUDIAN GAUL BERSAMA UDANG YANG TELAH SIAP DI GORENG. HIDANGKAN


SOTONG GORENG BAWANG PUTIH DAN LADA HITAM



BAHAN-BAHANNYA

200 GM SOTONG
1 LABU BAWANG PUTIH
1 SUDU KECIL SOS TIRAM
1 SUDU BESAR TEPUNG UBI
GARAM SECUKUP RASA
GULA SECUKUP RASA
MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA MEMBUATNYA

1.GAULKAN SEMUA BAHAN DI ATAS DI DALAM MANGKUK BESAR SEHINGGA SEBATI
2.KEMUDIAN PANSKAN MINYAK DAN GORENG SOTONG HINGGA NAMPAK KEKUNINGAN. ANGKAT DAN HIDANGKAN.


TOM YAM CAMPUR

BAHAN-BAHAN

50 GM LALA
50 GM UDANG
50 GM ISI UDANG
1 BATANG SERAI
I BIJI TOMATO
4 TANGKAI CILI PADI
1 HELAI DAUN LIMAU PURUT
20 GM KUBIS BUNGA
2 SUDU PERENCAH TOM YAM
GULA SECUKUP RASA
GARAM SECUKUP RASA
2 CAWAN AIR

CARA MEMBUATNYA

1.TUANGKAN DUA CAWAN AIR KE DALAM PERIUK. KEMUDIAN MASUKKAN PERENCAH TOM YAM BERSAMA LALA, UDANG, ISI IKAN, SERAI, CILI PADI, DAUN LIMAU PURUT DAN KUBIS BNGA. BIARKAN IA PANAS.
2.SEKETIKA KEMUDIAN MASUKKAN DAUN LIMAU PURUT. MASUKKAN GULA DAN GARAM SECUKUP RASA. MASUKKAN JUGA TOMATO. BIARKAN MENDIDIH, ANGKAT DAN HIDANGKAN.

AYAM GORENG LEMON

BAHAN-BAHANNYA

200 GM AYAM YANG DIPOTONG KECIL
1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL SERBUK KARI
2 SUDU BESAR SOS LEMON
GULA SECUKUP RASA
GARAM SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA MEMBUATNYA

1.GAULKAN AYAM BERSAMA TEPUNG GANDUM, SERBUK KARI, GARAM DAN GULA SECUKUP RASA.
2.PANASKAN MINYAK DI DALM KUALI DAN GORENG AYAM SEKETIKA. ANGKAT DAN TOS.
3.MASUKKAN AYAM YANG TELAH SIAP DIGORENG KE DALAM PINGGAN DAN TUANGKAN SOS LEMON KE ATASNYA. HIDANGKAN.


BAMBOO LALA KAM HIONG

BAHAN-BAHAN

200 GM BAMBOO LALA ATAU PEPAHAT
2 TANGKAI CILI
4 HELAI DAUN KARI
1 SUDU KECIL UDANG KERING ( DITUMBUK )
1 SUDU KECIL SOS CILI
1 SUDU KECIL SOS TIRAM
1 SUDU SOS IKAN
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS
2 CAWAN AIR


CARA MEMBUATNYA

1.REBUS BAMBOO LALA DI DALAM PERIUK BERSAMA 2 CAWAN AIR HINGGA MASAK. ANGKAT DAN TOS.
2.PANASKAN SEDIKIT MINYAK DAN MASUKKAN CILI PADI, DAUN KARI, SOS CILI, SOS TIRAM, SOS IKAN, GARAM DAN GULA SECUKUP RASA KACAU SEKETIKA.
3.SETERUSNYA MASUKKAN BAMBOO LALA YANG TELAH SIAP DIREBUS TADI. GORENG BEBERAPA MINIT DAN ANGKAT. HIDANGKAN


KERABU ANEKA MAKANAN LAUT

BAHAN-BAHAN

100 GM SOTONG
100 GM UDANG
1 SUDU KECIL SOS IKAN
1 SUKU KECIL JUS LIMAU NIPIS
GULA SECUKUP RASA
GARAM SECUKUP RASA

BAHAN DIHIRIS

I BIJI TOMATO
½ BIJI BAWANG BESAR
2 HELAI DAUN BAWANG
3 TANGKAI CILI PADI


CARA MEMBUATNYA

1.REBUSKAN SOTONG DAN UDANG TERLEBIH DAHULU HINGGA MASAK
2.KEMUDIAN GAULKANNYA BERSAMA TOMATO, BAWANG BESAR, DAUN BAWANG DAN CILI PADI DI DALAM MANGKUK BESAR.
3.MASUKKAN SATU SUDU SOS IKAN, JUS LIMAU NIPIS, GULA DAN GARAM SECUKUP RASA. GAUL KE SEMUA BAHAN HINGGA SEBATI. HIDANGKAN.

KETAM KULIT LEMBUT GORENG

BAHAN-BAHAN

3 EKOR KETAM KULIT LEMBUT
2 SUDU BESAR TEPUNG UBI
2 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL BIJAN
GULA DAN GARAM SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG
SEDIKIT AIR


CARA MEMBUATNYA

1.SEDIAKAN SATU MANGKUK BESAR, MASUKKAN AIR BERSAMA TEPUNG UBI, TEPUNG JAGUNG, BIJAN, GULA DAN GARAM SECUKUP RASA. GAUL SEHINGGA SEBATI.
2.SETERUSNYA POTONG KETAM DAN CAMPURKAN DENGAN ADUNAN TADI.
3.PANASKAN KUALI, MASUKKAN KETAM DAN GORENG HINGGA GARING. ANGKAT DAN HIDANGKAN KETIKA MASIH PANAS.


SIAKAP MASAK STIM ALA THAI


BAHAN- BAHAN

I EKOR IKAN SIAKAP
1 MANGKUK AIR REBUSAN DAGING ATAU AYAM
1 SUDU KECIL AIR LIMAU NIPIS
1 SUDU KECIL KICAP CAIR
GULA DAN GARAM SECUKUP RASA

BAHAN UNTUK DIHIRIS

2 TANGKAI CILI PADI
1 TANGKAI CILI MERAH
1 HELAI DAUN BAWANG

CARA MEMBUATNYA

1.MASUKKAN SATU MANGKUK AIR REBUSAN KE DALAM PERIUK, KEMUDAIN MASUKKAN BAHAN2 YANG TELAH SIAP DIHIRIS. BIARKAN SEKETIKA.
2.KEMUDIAN MASUKKAN AIR LIMAU NIPIS, KICAP CAIR, GULA DAN GARAM SECUKUP RASA
3.PANASKAN PERIUK PENGUKUS BERTINGKAT. MASUKKAN IKAN KE DALAM PINGGAN. KEMUDIAN TUANGKAN BAHAN2 YANG TELAH SIAP DIMASAK TADI DIATAS IKAN SIAKAP. KUKUK HINGGA IKAN MASAK DAN ANGKAT. HIDANGKAN KETIKA PANAS.

NASI GORENG BELACAN ALA THAI

BAHAN-BAHAN

1 CAWAN NASI PUTIH
2 SUDU MAKAN UDANG KERING
1 BIJI BAWANG BESAR
4 TANGKAI CILI PADI
SEDIKIT MANGGA MUDA ( dihiris halus )
1 SUDU KECIL BELACAN
1 SUDU KECIL UDANG KERING
2 BIJI TELUR AYAM
MINYAK UNTUK MENUMIS


CARA MEMBUATNYA

1.PANASKAN MINYAK DI DALAM KUALI LALU MASUKKAN TELUR, BELACAN, UDANG KERING, CILI PADI DAN TUMISKAN SEKETIKA.
2.KEMUDIAN MASUKKAN NASI PUTIH, GULA DAN GARAM. KACAU HINGGA RATA DAN ANGKAT. MASUKKAN NASI GORENG KE DALAM PINGGAN BESAR. HIDANGKAN BERSAMA BAHAN YANG DIHIRIS.

BIHUN ALA THAI

BAHAN-BAHAN

200 GM BIHUN ( direndam dan dicelur)
10 GM TAUGE
20 GM ISI AYAM
20 GM ISI UDANG SEGAR
1 SUDU KECIL SOS TIRAM
1 SUDU KECIL SOS CILI
1 SUDU KECIL KICAP CAIR
1 SUDU KECIL KACANG GORENG
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK

BAHAN UNTUK DIHIRIS

1 HELAI DAUN BAWANG
1 TANGKAI CILI MERAH


CARA MEMBUATNYA

1.PANASKAN SEDIKIT MINYAK DALAM KUALI, KEMUDIAN MASUKKAN SOS TIRAM, SOS CILI, KICAP CAIR, ISI AYAM DAN TAUGE. KACAU SEKETIKA.
2.MASUKKAN UDANG SEGAR LALU DIBIARKAN SEKETIKA.
3.SELEPAS ITU MASUKKAN BIHUN DAN KACAU.
4.MASUKKAN DAUN BAWANG DAN CILI MERAH YANG TELAH DIHIRIS. AKHIR SEKALI MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA. ANGKAT DAN MASUKKAN KE DALAM PINGGAN. TABURKAN KACANG TANAH TELAH SIAP DIGORENG. HIDANGKAN KETIKA MASIH PANAS.

No comments:

Post a Comment