KARI LEBIH ENAK
HIDANGAN KARI MEMANG MENYELERAKAN. TAPI BAGAIMANA MAHU MENGHASILKAN MASAKAN KARI YANG ENAK. CUBALAH PETUA INI. MASAK KARI SEPERTI BIASA TAPI SETELAH KARI ANDA MENDIDIH TUANGKAN SEGELAS AIR KELAPA DAN PARUTAN ISINYA BERSAMA SANTAN PEKAT. TUTUP SEKETIKA SETELAH MENDIDIH. TUTUP API DAN TERUS KACAU SUPAYA TIDAK PECAH.
BERAS TIDAK ROSAK DAN BERBAU
BAGI MENGELAKKAN BERAS BERBAU HAPAK DAN ROSAK MASUKKAN SEGENGGAM ATAU SECUKUPNYA CILI KERING YANG SUDAH DIPANASKAN DI DALAM KUALI TANPA MINYAK KE DALAM BEKAS SIMPANAN BERAS. TUTUP RAPAT.
KELAPA PARUT TETAP SEGAR
BAGI MENGELAKKAN KELAPA PARUT YANG DI SIMPAN KE DALAM PETI SEJUK BERUBAH BAU, MASUKKAN KELAPA PARUT KE DALM PINGGAN. TUANGKAN SEDIKIT AIR DAN RATAKAN. SETELAH ITU BARULAH DI SIMPAN DI DALM PETI SEJUK. KELAPA PARUT AKAN TETAP SEGAR DAN TAHAN LEBIH LAMA.
DAUN JAMBU AIR HILANGKAN HANYIR IKAN
BAGI MENGHILANGKAN BAU HANYIR DAN LENDIR IKAN AIR TAWAR, AMBIL BEBERAPA HELAI DAUN JAMBU BATU. GAUL DAN RAMAS DAUN TERSEBUT BERSAMA IKAN DAN SEDIKIT AIR. KEMUDIAN CUCI DENGAN AIR BERSIH. BUKAN SAHAJA BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN HILANG TETAPI MEMBERI RASA ENAK KEPADA MSAKAN.
No comments:
Post a Comment