BANGKOK TAU FOO
BAHAN-BAHAN8720 GM ISI AYAM
1 BUKU TAHU GORENG
1 SUDU KECIL CILI BOH
1 SUSU KECIL SOS TAMATO
1 SUDU KICAP MASIN
GARAM SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG
CARA MEMBUATNYA1.PANASKAN MINYAK DAN GORENG TAUFU DAN KEMUDIAN ANGKAT DAN LETAKKAN KE DALAM PINGGAN YANG SUDAH SIAP DI MASUKKAN DENGAN KICAP MASIN. KETEPIKAN SEKETIKA.
2.PANASKAN MINYAK, KEMUDIAN GORENG ISI AYAM YANG TELAH DICINCANG HALUS.MASUKKAN GULA,GARAM DIIKUTI DENGAN SOS TOMATO DAN CILI BOH. GORENG SEKETIKA DAN KEMUDIAN TUANG KE ATAS TAU FOO YANG SUDAH SIAP DI GORENG TADI. HIDANGKAN.
UDANG MANGGA BERSOS
BAHAN-BAHAN100 GM UDANG SEGAR
½ BIJI MANGGA MUDA ( DIHIRIS KECIL2)
1 SUDU BESAR SOS CILI THAI]
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG
CARA MEMBUATNYA1.GORENG UDANG DI DALAM MINYAK YANG PANAS SEKETIKA DAN ANGKAT. KETEPIKAN SEKETIKA.
2.DALAM PADA ITU SEDIAKAN SATU MANGKUK, MASUKKAN MANGGA YANG TELAH DI PARUT TADI BERSAMA SOS THAI. GAUL SAMA RATA. KEMUDIAN GAUL BERSAMA UDANG YANG TELAH SIAP DI GORENG. HIDANGKAN
SOTONG GORENG BAWANG PUTIH DAN LADA HITAM
BAHAN-BAHANNYA200 GM SOTONG
1 LABU BAWANG PUTIH
1 SUDU KECIL SOS TIRAM
1 SUDU BESAR TEPUNG UBI
GARAM SECUKUP RASA
GULA SECUKUP RASA
MINYAK UNTUK MENGGORENG
CARA MEMBUATNYA1.GAULKAN SEMUA BAHAN DI ATAS DI DALAM MANGKUK BESAR SEHINGGA SEBATI
2.KEMUDIAN PANSKAN MINYAK DAN GORENG SOTONG HINGGA NAMPAK KEKUNINGAN. ANGKAT DAN HIDANGKAN.
TOM YAM CAMPUR
BAHAN-BAHAN
50 GM LALA
50 GM UDANG
50 GM ISI UDANG
1 BATANG SERAI
I BIJI TOMATO
4 TANGKAI CILI PADI
1 HELAI DAUN LIMAU PURUT
20 GM KUBIS BUNGA
2 SUDU PERENCAH TOM YAM
GULA SECUKUP RASA
GARAM SECUKUP RASA
2 CAWAN AIR
CARA MEMBUATNYA
1.TUANGKAN DUA CAWAN AIR KE DALAM PERIUK. KEMUDIAN MASUKKAN PERENCAH TOM YAM BERSAMA LALA, UDANG, ISI IKAN, SERAI, CILI PADI, DAUN LIMAU PURUT DAN KUBIS BNGA. BIARKAN IA PANAS.
2.SEKETIKA KEMUDIAN MASUKKAN DAUN LIMAU PURUT. MASUKKAN GULA DAN GARAM SECUKUP RASA. MASUKKAN JUGA TOMATO. BIARKAN MENDIDIH, ANGKAT DAN HIDANGKAN.
AYAM GORENG LEMON
BAHAN-BAHANNYA200 GM AYAM YANG DIPOTONG KECIL
1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL SERBUK KARI
2 SUDU BESAR SOS LEMON
GULA SECUKUP RASA
GARAM SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG
CARA MEMBUATNYA1.GAULKAN AYAM BERSAMA TEPUNG GANDUM, SERBUK KARI, GARAM DAN GULA SECUKUP RASA.
2.PANASKAN MINYAK DI DALM KUALI DAN GORENG AYAM SEKETIKA. ANGKAT DAN TOS.
3.MASUKKAN AYAM YANG TELAH SIAP DIGORENG KE DALAM PINGGAN DAN TUANGKAN SOS LEMON KE ATASNYA. HIDANGKAN.
BAMBOO LALA KAM HIONG
BAHAN-BAHAN200 GM BAMBOO LALA ATAU PEPAHAT
2 TANGKAI CILI
4 HELAI DAUN KARI
1 SUDU KECIL UDANG KERING ( DITUMBUK )
1 SUDU KECIL SOS CILI
1 SUDU KECIL SOS TIRAM
1 SUDU SOS IKAN
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS
2 CAWAN AIR
CARA MEMBUATNYA1.REBUS BAMBOO LALA DI DALAM PERIUK BERSAMA 2 CAWAN AIR HINGGA MASAK. ANGKAT DAN TOS.
2.PANASKAN SEDIKIT MINYAK DAN MASUKKAN CILI PADI, DAUN KARI, SOS CILI, SOS TIRAM, SOS IKAN, GARAM DAN GULA SECUKUP RASA KACAU SEKETIKA.
3.SETERUSNYA MASUKKAN BAMBOO LALA YANG TELAH SIAP DIREBUS TADI. GORENG BEBERAPA MINIT DAN ANGKAT. HIDANGKAN
KERABU ANEKA MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN100 GM SOTONG
100 GM UDANG
1 SUDU KECIL SOS IKAN
1 SUKU KECIL JUS LIMAU NIPIS
GULA SECUKUP RASA
GARAM SECUKUP RASA
BAHAN DIHIRISI BIJI TOMATO
½ BIJI BAWANG BESAR
2 HELAI DAUN BAWANG
3 TANGKAI CILI PADI
CARA MEMBUATNYA1.REBUSKAN SOTONG DAN UDANG TERLEBIH DAHULU HINGGA MASAK
2.KEMUDIAN GAULKANNYA BERSAMA TOMATO, BAWANG BESAR, DAUN BAWANG DAN CILI PADI DI DALAM MANGKUK BESAR.
3.MASUKKAN SATU SUDU SOS IKAN, JUS LIMAU NIPIS, GULA DAN GARAM SECUKUP RASA. GAUL KE SEMUA BAHAN HINGGA SEBATI. HIDANGKAN.
KETAM KULIT LEMBUT GORENG
BAHAN-BAHAN3 EKOR KETAM KULIT LEMBUT
2 SUDU BESAR TEPUNG UBI
2 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL BIJAN
GULA DAN GARAM SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENGGORENG
SEDIKIT AIR
CARA MEMBUATNYA1.SEDIAKAN SATU MANGKUK BESAR, MASUKKAN AIR BERSAMA TEPUNG UBI, TEPUNG JAGUNG, BIJAN, GULA DAN GARAM SECUKUP RASA. GAUL SEHINGGA SEBATI.
2.SETERUSNYA POTONG KETAM DAN CAMPURKAN DENGAN ADUNAN TADI.
3.PANASKAN KUALI, MASUKKAN KETAM DAN GORENG HINGGA GARING. ANGKAT DAN HIDANGKAN KETIKA MASIH PANAS.
SIAKAP MASAK STIM ALA THAI
BAHAN- BAHANI EKOR IKAN SIAKAP
1 MANGKUK AIR REBUSAN DAGING ATAU AYAM
1 SUDU KECIL AIR LIMAU NIPIS
1 SUDU KECIL KICAP CAIR
GULA DAN GARAM SECUKUP RASA
BAHAN UNTUK DIHIRIS2 TANGKAI CILI PADI
1 TANGKAI CILI MERAH
1 HELAI DAUN BAWANG
CARA MEMBUATNYA1.MASUKKAN SATU MANGKUK AIR REBUSAN KE DALAM PERIUK, KEMUDAIN MASUKKAN BAHAN2 YANG TELAH SIAP DIHIRIS. BIARKAN SEKETIKA.
2.KEMUDIAN MASUKKAN AIR LIMAU NIPIS, KICAP CAIR, GULA DAN GARAM SECUKUP RASA
3.PANASKAN PERIUK PENGUKUS BERTINGKAT. MASUKKAN IKAN KE DALAM PINGGAN. KEMUDIAN TUANGKAN BAHAN2 YANG TELAH SIAP DIMASAK TADI DIATAS IKAN SIAKAP. KUKUK HINGGA IKAN MASAK DAN ANGKAT. HIDANGKAN KETIKA PANAS.
NASI GORENG BELACAN ALA THAI
BAHAN-BAHAN1 CAWAN NASI PUTIH
2 SUDU MAKAN UDANG KERING
1 BIJI BAWANG BESAR
4 TANGKAI CILI PADI
SEDIKIT MANGGA MUDA ( dihiris halus )
1 SUDU KECIL BELACAN
1 SUDU KECIL UDANG KERING
2 BIJI TELUR AYAM
MINYAK UNTUK MENUMIS
CARA MEMBUATNYA1.PANASKAN MINYAK DI DALAM KUALI LALU MASUKKAN TELUR, BELACAN, UDANG KERING, CILI PADI DAN TUMISKAN SEKETIKA.
2.KEMUDIAN MASUKKAN NASI PUTIH, GULA DAN GARAM. KACAU HINGGA RATA DAN ANGKAT. MASUKKAN NASI GORENG KE DALAM PINGGAN BESAR. HIDANGKAN BERSAMA BAHAN YANG DIHIRIS.
BIHUN ALA THAI
BAHAN-BAHAN200 GM BIHUN ( direndam dan dicelur)
10 GM TAUGE
20 GM ISI AYAM
20 GM ISI UDANG SEGAR
1 SUDU KECIL SOS TIRAM
1 SUDU KECIL SOS CILI
1 SUDU KECIL KICAP CAIR
1 SUDU KECIL KACANG GORENG
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
SEDIKIT MINYAK
BAHAN UNTUK DIHIRIS1 HELAI DAUN BAWANG
1 TANGKAI CILI MERAH
CARA MEMBUATNYA1.PANASKAN SEDIKIT MINYAK DALAM KUALI, KEMUDIAN MASUKKAN SOS TIRAM, SOS CILI, KICAP CAIR, ISI AYAM DAN TAUGE. KACAU SEKETIKA.
2.MASUKKAN UDANG SEGAR LALU DIBIARKAN SEKETIKA.
3.SELEPAS ITU MASUKKAN BIHUN DAN KACAU.
4.MASUKKAN DAUN BAWANG DAN CILI MERAH YANG TELAH DIHIRIS. AKHIR SEKALI MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA. ANGKAT DAN MASUKKAN KE DALAM PINGGAN. TABURKAN KACANG TANAH TELAH SIAP DIGORENG. HIDANGKAN KETIKA MASIH PANAS.